Mega Crystal ialah nama kumpulan kami. Kami terdiri daripada 12 orang ahli. Yang diketuai oleh Muhammad Haziq b. Mohd Fhadil dan dibantu oleh Nuraisyah bt. Kamal Bashah.
Ahli kumpulan Mega Crystal mempunyai 6 ahli lelaki dan 6 ahli perempuan. Iaitu Altamis, Megat, Akmal, Zaman, Azwan, Azida, Fatin, Chubby, Nisa dan Ain. Kumpulan ini ditubuhkan untuk menerapkan murid-murid lain agar menggunakan teknik Chemical Formula Magic Box (CFMB) & Giant Board.
Chemical Formula Magic Box (CFMB) ialah satu alat inovasi yang telah dicipta oleh Mega Crystal untuk memudah murid memahami konsep membina formula Kimia dan boleh membuat formula Kimia dengan mudah dan cepat.Di samping itu, alatan ini dapat meningkatkan daya ingatan murid dalam memahami formula Kimia.Alat ini juga mudah dikendalikan, menjimatkan masa dan mudah alih.
Kami (Mega Crystal) membuat (CFMB) untuk memudahkan tingkatan 4 dan 5 yang mengambil aliran sains tulen untuk memahami cara cara untuk membentuk formula kimia dengan mudah dan cepat. Sesungguhnya, cara sebegini amat berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pembuatan (CFMB) ini hanya menggunakan bahan-bahan terbuang seperti kotak kertas A4 dan kertas A4 yang berlainan warna sahaja. Namun begitu, bahan ini dapat memberi inspirasi kepada kami (Mega Crystal) untuk mencipta satu alat bantu mengajar yang efektif dan berkesan.
Justeru itu, idea ini dapat dibangunkan dengan lebih komprehensif dan secara digital agar alat ini dapat diaplikasikan di peringkat yang lebih tinggi contohnya pelajar-pelajar matrikulasi. Penggunaan (CFMB) amat di galakkan dalam kalangan pelajar sekolah bagi meningkatkan mutu pembelajaran mereka.
No comments:
Post a Comment