Monday, 1 September 2014

Penghargaan

     Kami (Mega Crystal) mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang telah membantu kami untuk menyiapkan semua tugasan yang telah ditetapkan. Terutama ucapan terima kasih kepada Pengetua SMK Senaling yang memberi sokongan kepada kami dalam menjayakan aktiviti ini. Seterusnya, terima kasih juga kepada guru pembimbing iaitu Puan Roshaida dan Cik Liaw Pei Ting serta guru-guru lain yang banyak membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini. Turut sama membantu, ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak menjanakan idea agar tugasan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

     Sesungguhnya, jasa dan bantuan mereka semua amat kami hargai sehingga sekarang.



                         

Sunday, 31 August 2014

Cara cara penggunaan Chemical Formula Magic Box (CFMB)

Ambil kad ion dalam magic box.
Masukkan kad ion positif ke dalam kotak positif di sebelah kiri.Masukkan ion negatif di kotak sebalah kanan.
Silangkan nombor cas dan abaikan tanda positif dan negatif.
Tuliskan formula Kima dan namakan sebatian ion.

Ikatan kovalen

Sebatian kovalen adalah ibarat perkongsian yang sejati. 

-Perhatikan gambar tersebut jelas menunjukkan bagaimana ikatan persahabatan terbentuk antara 5 orang dengan cara berpegang tangan bersama.


-Simbol ini dikenali sebagai simbol yin dan yang menunjukkan bagaimana gabungan abadi dapat dibentuk antara  2 insan melalui perkongsian sejati.
 


-Jika anda ingin berkawan dengan seseorang .... apakan keperluan yang utama ? 
Anda pasti tahu ...... perkongsian hanya dapat terbentuk jika kedua - dua pihak ingin membentuk persahabatan .

Bahan kimia juga serupa seperti manusia , unsur hanya akan membentuk ikatan kovalen jika unsur - unsur yang berpadu sememangnya ingin berkongsi elektron mereka

                          


Formula empirik



  1. Formula empirik sesuatu sebatian ialah formula kimia yang menunjukkan nisbah paling ringkas bilangan atom tiap-tiap unsur yang terdapat dalam sebatian itu.
  2. Perkataan empirik bermakna maklumat diperolehi daripada pemerhatian, eksperimen atau pengalaman.


Contoh:


Bahan KimiaFormula MolekulFormula Empirik
Glukosa
C6H12O6
CH2O
Air
H2O
H2O
Karbon Dioksida
CO2
CO2
Benzena
C6H6
CH
Butana
C4H8
CH2




Mencari Formula Empirik

Formula empirik suatu sebatian dapat ditentukan dengan mengikut langkah-langkah berikut:
Langkah 1:  Mula-mula, tentukan jisim atau peratus komposisi mengikut jisim setiap unsur yang berpadu.
Langkah 2:  Kemudian tukarkan unit jisim dalam gram kepada mol atom.
Langkah 3:  Seterusnya, hitungkan nisbah yang paling ringkas bagi bilangan mol atom setiap unsur yang telah bergabung.
Langkah 4:  Berdasarkan langkah 3, formula empirik sebatian itu ditulis.

Contoh:
Dalam satu tindak balas kimia, 4.23g ferum bertindak sepenuhnya dengan 1.80g gas oksigen, menghasilkan satu besi oksida. Tentukan formula empirik besi oksida itu. [Jisim atom relatif: Ferum = 56; Oksigen = 16]

Contoh:

Unsur
Fe
O
Jisim
 4.23g
 1.80g
Bilangan mol
4.2356=0.0755
1.8016=0.1125
Nisbah ringkas
0.07550.0755=1
0.11250.0755=1.5
Nisbah dalam nombor bulat
2
3

Formula empirik ferum oksida itu = Fe2O3

Formula Kimia bagi Sebatian Ion

2 Syarat untuk pembentukan sebatian ionik
  1. Terdapat 2 jenis ion yang mempunyai cas yang berlainan.
  2. Jumlah cas positif = jumlah cas negatif dalam sebatian.


    Contoh 1 – Jika cas ion positif = Cas ion negatif                                                  Tulis formula bagi Kalium bromida


                                
                        Contoh 2 – Jika cas ion positif ≠ Cas ion negatif
                                       Tulis formula bagi Kalsium iodida



    Contoh 3 – Jika terdapat lebih daripada 1 unsur di dalam ion
                                        Tulis formula bagi Ammonium sulfat



    Contoh 4 – Formula bagi asid
                                               Tulis formula bagi Asid sulfurik


  3.  

Proses pembuatan (CFMB)












Latar Belakang Mega Crystal

      Mega Crystal ialah nama kumpulan kami. Kami terdiri daripada 12 orang ahli. Yang diketuai oleh Muhammad Haziq b. Mohd Fhadil dan dibantu oleh Nuraisyah bt. Kamal Bashah.

       Ahli kumpulan Mega Crystal mempunyai 6 ahli lelaki dan 6 ahli perempuan. Iaitu Altamis, Megat, Akmal, Zaman, Azwan, Azida, Fatin, Chubby, Nisa dan Ain.  Kumpulan  ini ditubuhkan untuk menerapkan murid-murid lain agar menggunakan teknik Chemical Formula Magic Box (CFMB) & Giant Board.

        Chemical Formula Magic Box (CFMB) ialah satu alat inovasi yang telah dicipta oleh Mega Crystal untuk memudah murid memahami konsep membina formula Kimia dan boleh membuat formula Kimia dengan mudah dan cepat.Di samping itu, alatan ini dapat meningkatkan daya ingatan murid dalam memahami formula Kimia.Alat ini juga mudah dikendalikan, menjimatkan masa dan mudah alih.

        Kami (Mega Crystal) membuat (CFMB) untuk memudahkan tingkatan 4 dan 5 yang mengambil aliran sains tulen untuk memahami cara cara untuk membentuk formula kimia dengan mudah dan cepat. Sesungguhnya, cara sebegini amat berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

        Pembuatan (CFMB) ini hanya menggunakan bahan-bahan terbuang seperti kotak kertas A4 dan kertas A4 yang berlainan warna sahaja. Namun begitu, bahan ini dapat memberi inspirasi kepada kami (Mega Crystal) untuk mencipta satu alat bantu mengajar yang efektif dan berkesan.


       Justeru itu, idea ini dapat dibangunkan dengan lebih komprehensif dan secara digital agar alat ini dapat diaplikasikan di peringkat yang lebih tinggi contohnya pelajar-pelajar matrikulasi. Penggunaan (CFMB) amat di galakkan dalam kalangan pelajar sekolah bagi meningkatkan mutu pembelajaran mereka.