Kami (Mega Crystal) mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang telah membantu kami untuk menyiapkan semua tugasan yang telah ditetapkan. Terutama ucapan terima kasih kepada Pengetua SMK Senaling yang memberi sokongan kepada kami dalam menjayakan aktiviti ini. Seterusnya, terima kasih juga kepada guru pembimbing iaitu Puan Roshaida dan Cik Liaw Pei Ting serta guru-guru lain yang banyak membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini. Turut sama membantu, ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak menjanakan idea agar tugasan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Sesungguhnya, jasa dan bantuan mereka semua amat kami hargai sehingga sekarang.
Monday, 1 September 2014
Sunday, 31 August 2014
Cara cara penggunaan Chemical Formula Magic Box (CFMB)
Ikatan kovalen
Sebatian kovalen adalah ibarat perkongsian yang sejati.
-Perhatikan gambar tersebut jelas menunjukkan bagaimana ikatan persahabatan terbentuk antara 5 orang dengan cara berpegang tangan bersama.
-Simbol ini dikenali sebagai simbol yin dan yang menunjukkan bagaimana gabungan abadi dapat dibentuk antara 2 insan melalui perkongsian sejati.
-Jika anda ingin berkawan dengan seseorang .... apakan keperluan yang utama ?
Anda pasti tahu ...... perkongsian hanya dapat terbentuk jika kedua - dua pihak ingin membentuk persahabatan .
Bahan kimia juga serupa seperti manusia , unsur hanya akan membentuk ikatan kovalen jika unsur - unsur yang berpadu sememangnya ingin berkongsi elektron mereka
Formula empirik
- Formula empirik sesuatu sebatian ialah formula kimia yang menunjukkan nisbah paling ringkas bilangan atom tiap-tiap unsur yang terdapat dalam sebatian itu.
- Perkataan empirik bermakna maklumat diperolehi daripada pemerhatian, eksperimen atau pengalaman.
Contoh:
Bahan Kimia | Formula Molekul | Formula Empirik |
Glukosa
|
C6H12O6
|
CH2O
|
Air
|
H2O
|
H2O
|
Karbon Dioksida
|
CO2
|
CO2
|
Benzena
|
C6H6
|
CH
|
Butana
|
C4H8
|
CH2
|
Mencari Formula Empirik
Formula empirik suatu sebatian dapat ditentukan dengan mengikut langkah-langkah berikut:Langkah 1: Mula-mula, tentukan jisim atau peratus komposisi mengikut jisim setiap unsur yang berpadu.
Langkah 2: Kemudian tukarkan unit jisim dalam gram kepada mol atom.
Langkah 3: Seterusnya, hitungkan nisbah yang paling ringkas bagi bilangan mol atom setiap unsur yang telah bergabung.
Langkah 4: Berdasarkan langkah 3, formula empirik sebatian itu ditulis.
Contoh:
Dalam satu tindak balas kimia, 4.23g ferum bertindak sepenuhnya dengan 1.80g gas oksigen, menghasilkan satu besi oksida. Tentukan formula empirik besi oksida itu. [Jisim atom relatif: Ferum = 56; Oksigen = 16]
Contoh:
Formula empirik ferum oksida itu = Fe2O3

Unsur |
Fe
|
O
|
Jisim |
4.23g
|
1.80g
|
Bilangan mol | ||
Nisbah ringkas | ||
Nisbah dalam nombor bulat |
2
|
3
|
Formula empirik ferum oksida itu = Fe2O3
Formula Kimia bagi Sebatian Ion
2 Syarat untuk pembentukan sebatian ionik
- Terdapat 2 jenis ion yang mempunyai cas yang berlainan.
- Jumlah cas positif = jumlah cas negatif dalam sebatian.
Contoh 1 – Jika cas ion positif = Cas ion negatif Tulis formula bagi Kalium bromida
Latar Belakang Mega Crystal
Mega Crystal ialah nama kumpulan kami. Kami terdiri daripada 12 orang ahli. Yang diketuai oleh Muhammad Haziq b. Mohd Fhadil dan dibantu oleh Nuraisyah bt. Kamal Bashah.
Ahli kumpulan Mega Crystal mempunyai 6 ahli lelaki dan 6 ahli perempuan. Iaitu Altamis, Megat, Akmal, Zaman, Azwan, Azida, Fatin, Chubby, Nisa dan Ain. Kumpulan ini ditubuhkan untuk menerapkan murid-murid lain agar menggunakan teknik Chemical Formula Magic Box (CFMB) & Giant Board.
Chemical Formula Magic Box (CFMB) ialah satu alat inovasi yang telah dicipta oleh Mega Crystal untuk memudah murid memahami konsep membina formula Kimia dan boleh membuat formula Kimia dengan mudah dan cepat.Di samping itu, alatan ini dapat meningkatkan daya ingatan murid dalam memahami formula Kimia.Alat ini juga mudah dikendalikan, menjimatkan masa dan mudah alih.
Kami (Mega Crystal) membuat (CFMB) untuk memudahkan tingkatan 4 dan 5 yang mengambil aliran sains tulen untuk memahami cara cara untuk membentuk formula kimia dengan mudah dan cepat. Sesungguhnya, cara sebegini amat berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pembuatan (CFMB) ini hanya menggunakan bahan-bahan terbuang seperti kotak kertas A4 dan kertas A4 yang berlainan warna sahaja. Namun begitu, bahan ini dapat memberi inspirasi kepada kami (Mega Crystal) untuk mencipta satu alat bantu mengajar yang efektif dan berkesan.
Justeru itu, idea ini dapat dibangunkan dengan lebih komprehensif dan secara digital agar alat ini dapat diaplikasikan di peringkat yang lebih tinggi contohnya pelajar-pelajar matrikulasi. Penggunaan (CFMB) amat di galakkan dalam kalangan pelajar sekolah bagi meningkatkan mutu pembelajaran mereka.

Subscribe to:
Posts (Atom)